Berkat Herba Nusantara - Keladi Tikus Ubat Penawar Kanser | Teh Doum Ubat Kencing Manis (Diabetes)

Go to content

Main menu:

Halaman Utama


Keladi Tikus Pembunuh Kanser Efektif - rujukan
Teh Doum Penawar Diabetes dan Kesuburan (Ikhtiar Hamil) - rujukan
Setiap penulisan di dalam laman web ini merupakan fakta hasil analisis yang disertakan dengan rujukan, harap maklum.

Keladi tikus anti kanser - Universiti Putra Malaysia, Serdang.


Keladi tikus.

Keladi tikus adalah sejenis tumbuhan talas, yang jika dilihat secara rambang, tidak kurang samanya dengan tumbuhan semak yang lain. Ia biasanya tumbuh pada kawasan yang berair seperti di tepi sungai pada hutan dara, atau pada kawasan lembab berpaya. Keladi tikus telah menjadi buruan para pengamal rawatan alternatif serta mereka yang mahukan akses rawatan berasaskan herba apabila terdapat bukti ianya dapat menyembuhkan penyakit kanser, hal ini telah dibuktikan dengan sebuah thesis (kajian bertaraf PhD) yang telah diterbitkan oleh Universiti Putra Malaysia yang menunjukkan kejayaan keladi tikus dalam perencatan perkembangan sel leukemia (rujukan).

Tergolong dalam keluarga Araceae, Keladi tikus yang juga dikenali dengan nama latinnya, Typhonium flagelliforme, mempunyai jaringan keluarga dengan 3700 jenis spesis keladi lagi (Wikipedia) walau bagaimanapun, hanya keladi tikus sahaja yang diakui mempunyai nilai perubatan anti kanser (rujukan). Pakar menasihatkan agar orang ramai tidak mencari sendiri pokok keladi tikus pada hutan tebal tanpa ditemani oleh mereka yang betul-betul arif mengenai tumbuhan ini, kerana dikhuatiri akan mendapatkan tumbuhan yang salah yang tidak mempunyai sebarang nilai perubatan, bahkah boleh membawa maut. Penggunaan herba keladi tikus sebagai medium rawatan bagi penyakit kanser telah lama dipraktikkan oleh penduduk di sekitar asia tenggara, terutamanya di Malaysia namun, kepenggunaannya amat terhad kerana pokok keladi tikus sangat jarang dijumpai.

Artikel asal, Utusan 17/8/1998


Keladi tikus dijumpai secara kebetulan oleh seorang Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Christopher Teo Kheng Hoe, ketika seorang pesakit kanser meminta pertolongannya untuk membiak tumbuhan berkenaan, yang dipercayai dapat menyembuhkan penyakit kanser, pada waktu itu beliau terlibat dalam kajian pembiakkan tumbuh-tumbuhan dan berjanji untuk membantu membiakkan keladi tikus. Setelah beberapa penelitian dijalankan, Prof K.H Teo berkata, pesakit yang menggunakan keladi tikus menunjuk kesan positif, berasa lebih baik, kurang letih dan berlaku penambahan pada selera makan, malah ada yang sembuh sepenuhnya daripada penyakit kanser. Rentetan daripada penemuan ini, beberapa kajian makmal telah dijalankan bagi memperincikan lagi kewujudan anti kanser yang terdapat pada tumbuhan keladi tikus ini, antaranya telah dijalankan berpandukan kaedah bioaktiviti oleh Fakulti Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang (rujukan).


Keladi Tikus membersih paru-paru (Typhonium flagelliforme for lung cleanser)

Keladi tikus juga berupaya membersihkan paru-paru yang tercemar (gambar sebenar).

Selain daripada digunakan untuk merawat kanser, herba keladi tikus juga boleh digunakan sebagai pembersih paru-paru, terutamanya bagi mereka yang merokok dan yang terdedah kepada udara kotor secara berterusan. Ianya telah dibuktikan melalui penggunaan secara berterusan dan sifat kegunaan sebagai pembersih paru-paru ini dijelaskan secara spesifik pada awal journal yang diterbitkan oleh Scientific Research and Essays, Bilangan. 6(15), PP 3232-3239, yang diterbitkan pada 11 Ogos, 2011 yang bertulis " Typhonium flagelliforme (Araceae) is an indigenous medicinal plant of Malaysia which is endowed with curative properties against a variety of illness including injuries, oedema, coughs, pulmonary ailments, bleeding and cancer.." terjemahan: Keladi Tikus (Araceae) adalah tumbuhan ubatan asli Malaysia yang dikurniakan dengan sifat-sifat penyembuhan terhadap pelbagai penyakit termasuk kecederaan, edema (sembab), batuk, penyakit paru-paru, pendarahan dan kanser (rujukan), berikutan dengan ini, pembersihan paru-paru juga dapat dilakukan dengan herba keladi tikus tanpa perlu menyedut ubatan kimia yang mempunyai kesan sampingan seperti pengecutan pada saluran udara yang ada pada sekitar paru-paru. Tindakan awal bagi membuang mendapan tar yang terdapat pada paru-paru juga dapat mengurangkan risiko terjadinya serangan kanser, terutama bagi mereka yang merokok dan yang terdedah kepada asap rokok secara tidak langsung.

Keladi tikus ubat kanser.
Keladi tikus adalah nama yang kurang dikenali di rantau ini, terutamanya kita di Malaysia, tetapi pada negara luar, herba telah dikenali sebagai salah satu daripada herba besar yang telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti keputihan, buasir, sakit gigi, radang paru-paru, sakit dada akibat merokok, termasuklah penyakit yang menjadi pembunuh nombor dua dunia iaitu kanser. Tidak hairanlah jika kata kunci keladi tikus dibuat pada carian internet, banyak daripada hasil carian adalah datang daripada penulisan daripada pelbagai jenis bahasa, ini kerana terdapat beberapa kajian serta tesis lengkap telah dibuat terhadap herba ini (rujukan) serta penggunaannya, terutamanya pada rantau nusantara telah terbukti amat mujarab bagi mengubati beberapa penyakit kronik termasuk kanser, kerana pada dasarnya, herba Keladi tikus yang telah matang (2-6 bulan: rujuk tesis UPM Serdang) mempunyai beberapa komponen aktif yang amat diperlukan oleh tubuh untuk mencegah serta merawat kanser, sehinggakan ada yang sanggup datang daripada luar negara seperti New Zealand, Filipina, Amerika Syarikat serta Australia semata-mata untuk mendapatkan herba yang jarang didapati ini untuk mengubati kanser yang dihadapi.


Kegunaan.

Di Malaysia, selain digunakan bagi merawat kanser, Keladi tikus juga digunakan bagi merawat penyakit lain seperti buasir, ulser, luka dalaman, radang paru-paru dan juga batuk (Universiti Malaya, 11 Ogos, 2011). Merupakan herba yang tergolong dalam kategori yang hampir pupus, penggunaan herba keladi tikus dapat meredakan kesakitan yang menyucuk pada dada akibat merokok seawal 4 - 6 jam, walau bagaimanapun, kesannya pada pesakit kanser adalah berbeza, ianya biasa diawali dengan satu tindakbalas yang dikenali sebagai krisis penyembuhan atau healing crisis sebelum tubuh memasuki fasa merawat kendiri (self healing), manakala masa yang diperlukan adalah sekitar 6 hingga ke 12 bulan, malah ada yang lebih daripada itu, ini bergantung kepada tahap sesuatu kanser yang ada pada seseorang pesakit, namun kesannya amat memberangsangkan selepas 6 bulan penggunaan, walaubagaimana pun, jika kanser itu sudah mencapai tahap metastasis, iaitu tahap 3 dan keatas dan sudah mempunyai keupayaan untuk merebak ke tempat lain, maka masa yang diperlukan adalah lebih berbanding dengan kanser yang masih baru terbentuk iaitu pada tahap 1 atau 2 dan penggunaannya adalah perlu berterusan sehingga kesakitan yang dirasakan itu semakin berkurangan.


Keladi tikus (Typhonium flagelliforme) telah melalui beberapa kajian terkawal (controlled studies) berskala besar oleh beberapa institusi pengajian tinggi awam tempatan dan juga luar negara, kajian ini dilakukan bagi mengenalpasti bahan aktif yang terdapat pada keladi tikus bagi merawat serta menghalang sel kanser daripada terus berkembang. Berikut adalah sebahagian daripada hasil penelitian yang telah dibuat terhadap keladi tikus, keseluruhan tesis disediakan dalam bentuk PDF:


  • Chemical constituents and in vitro anticancer activity of Typhonium flagelliforme (Araceae), Centre for Drug Research, Universiti Sains Malaysia, 11800 Penang, Malaysia. (rujukan)


  • Typhonium flagelliforme decreases protein expression in murine breast cancer, Department of Anatomy, Faculty of Medicine, Sultan Agung Islamic University, Semarang, Indonesia (rujukan).

  • Antibacterial and Antioxidant Activities of Typhonium Flagelliforme (Lodd.) Blume Tuber, UPM-Makna Cancer Research, Institute of Bioscience, University Putra Malaysia (rujukan).

  • Typhonium flagelliforme inhibits the proliferation of murine leukemia WEHI-3 cells in vitro and induces apoptosis in vivo, UPM-MAKNA Cancer Research Laboratory, Institute of Bioscience, University Putra Malaysia, Serdang, Malaysia (rujukan).

  • Anti-ulcerogenic activity of Typhonium flagelliforme, Department of Molecular Medicine, Faculty of Medicine, University of Malaya, Kuala Lumpur (rujukan).


  • CYTOTOXICITY EFFECTS OF TYPHONIUM FLAGELLIFORME ON BREAST CANCER CELLS, Department of Biotechnology and Medical Engineering, Faculty of Bioscience and Medical, Universiti Teknologi Malaysia, Johor, Malaysia (pautan)


  • Cytotoxicity assay of Typhonium flagelliforme Lodd against breast and cervical cancer cells, UNIVERSA MEDICINA, Department of Anatomy, Faculty of Medicine, YARSI University, Indonesia. (rujukan).

  • The inhibition of Typhonium flagelliforme Lodd. Blume leaf extract on COX-2 expression of WiDr colon cancer cells, Department of Drug Design and Discovery, Faculty of Pharmacy, Sanata Dharma University, Yogyakarta. (rujukan).

Data Analisis
Diakui mempunyai kandungan merawat kanser seperti Cytotoxic (rujukan di atas) dan juga Ribosome-Inactivating Proteins (rujukan di atas) yang tinggi pada keseluruhan bahagian pokok, penggunaan herba keladi tikus bermula dari bahagian daun sehingga ke bahagian akarnya adalah merupakan kaedah yang paling disarankan, ini berdasarkan hasil kajian in vitro yang telah dibuat secara teliti oleh UPM-MAKNA Cancer Research Laboratory mendapati bahawa, wujudnya kesan morphologi kematian sel kanser (Apoptosis) yang sangat jelas, perubahan yang lain seperti perencatan bentuk sitoplasma, pengecutan perkembangan sel sehingga terjadinya pecahan DNA pada sel kanser yang disatukan dengan ekstrak keladi tikus juga telah direkodkan.


Hasil keputusan yang dijalan oleh UPM-MAKNA Cancer Research Laboratory
- Penyelidikan bergeran No. RUGS91143 (rujukan)

Keladi tikus asli telah membantu ramai pesakit kanser, namun oleh kerana ianya sukar untuk dijumpai menjadikan penggunaannya amat terhad dan ada yang sanggup menunggu untuk mendapatkan herba keladi tikus yang benar-benar asli. Herba Keladi yang berusia 2 bulan dan keatas telah dikesan mempunyai kandungan antikanser yang tinggi berbanding dengan pokok yang berusia kurang daripada 2 bulan. (rujukan - rujuk muka surat 2 pada bahagian Result and Discussion serta muka surat 3 pada rajah Table 1)
 
Back to content | Back to main menu